Ahad, 19 Januari 2014

Biacara tanpa kata

Assalam, sudah lama Kekanda tak upa minggu date blog ni, internet Maxis ada masalah di area Manjung ni lebih 4 hari pada minggu lepas. Banyak peristiwa berlaku antara Kekanda dan Adinda.

Yang paling kesan dalam hidup Kekanda.Kejadian berlaku pada Sabtu lepas, 11 Januari.  Kekanda tak dapat pulang disebabkan oleh ada site visit daripada contractor dari KL. lebih kurang jam 4 petang baru Kekanda sampai di rumah. Adinda mesej pada jam 2 menyatakan Adinda lapar. Kekanda minta Adinda tunggu sekejap, makan sesama. tidak lama lepas tu, Kekanda call Adinda, Adinda cakap nak balik dah. Lepas dari tu, Kekanda call Adinda tak dapat, Mesej tak dibalas. Petang tu janji nak g tempah baju di D'Mara Setiawan. Kekanda call mak, mak cakap, Adinda tengah tidur. Tidak lama lepas tu, Adinda mesej Kekanda. Bagitahu, Brambus la Kekanda dalam hidup Adinda. Kekanda tak dapat jaga Adinda. Alasan Adinda. Adinda lapar sangat. Kekanda sangat kecewa dengan sikap Adinda. Dengan berbekalan alasan LAPAR, Adinda membuat keputusan untuk pisahkan hubungan kita ni. Ini belum diuji dengan ujian yang lebih berat. Kekanda harap Adinda dapat bersabar dan bertenang serta berfikir secara matang dalam hadapai setiap ujian yang datang. Kesabaran Kekanda dengan sikap kebudakan2 tu pun ada hadnya juga,. Jangan melampau sangat sikap tu. Malam tu Adinda dah agak ok dah. Keesokan harinya, Kekanda pergi ambik Adinda di rumah untuk sesama mendaki Bukit Engku Busu, Sampai di kaki bukit, Kekanda bertanya kepada Adinda kenapa bawa bekal banyak sangat ni? terus Adinda marah dan terus cakap, LEPAS NI TAK NAK DAH KELUAR DENGAN KANDA KE MANA-MANA SEKALI PUN!!!!!!!!!!!!!!...
 Sikap Adinda ni seolah sesuatu benda tu sedikit je, Adinda terus besarkan ia menjadi sangat teruk hal tu. Terus Adinda cakap nak putuskan hubungan ini dan akan cakap kat abah untuk tidak teruskan hubungan ini. Sekali lagi Kekanda menahan sabar dengan sikap Adinda ni. Sedikit silap, terus untuk tidak teruskan hubungan ni..Adakah dengan cara memtuskan hubungan sesuatu yang baik dan selesai masalah? Berfikir secara orang yang dah dewasa,.

Adinda cakap dah penat dengan Kekanda. Kekanda lagi penat untuk melalui dan bersabar dengan sikap Adinda dengan langsung tidak sabar dalam hadapi ujian dilalui. Seolah-olah, sakit jari, terus potong tangan.

Persiapan Majlis.

Baju Pengantin sudah di tempah. yang settle.
- Pelamin
- Kad Udangan
- Borang Nikah
- Jurugambar

Hari ini, Kita sesama naik Bukit Engku Busu sekali lagi bersama Akak. Lepas turun bukit, balik rumah dan siap-siap untuk jumpa Adinda di Tesco, g makan sesama dan beli barang dapur di The Store. Seharian kita lepak sesama. balik rumah jam 630

Khamis, 9 Januari 2014

Sabar dengan sikap Merajuk Adinda

Assalam..hari ni Kekanda rasa kurang sihat. Badan lemah je rasa. Adinda mesej bagitahu yang rasa diri Adinda tak cantik jika dibandingkan dengan orang yang cantik didalam internet. Adinda selalu bandingkan diri sendiri dengan orang yang lebih hebat. Bukankah itu tanda tidak bersyukur apa yang ada. Bersyukurlah dengan melihat orang yang berada dibawah kita. bukan sentiasa melihat orang yang lebih hebat dari kita.

Balik rumah, Adinda nak masak. Kekanda cakap, jangan masak. Kekanda masih kenyang..dengan suara yang kuat, Adinda bertanya MAKAN APAAAAA TADIIIII???Adinda fikir Kekanda ni makan 1 ekor lembu ke ?Kekanda dah cakap masih kenyang ketika dalam sms tadikan..tapi Adinda DEGIL, cakap kesian kat Kekanda. Klu Kekanda lapar, Kekanda makan la roti ke apa yang ada. Apabila Kekanda cakap jangang masak, Kekanda masih kenyang..Adinda terus 'tarik muka' kt Kekanda. Kekanda hargai semua tu. tapi Kekanda dah pesan.tak lapar. tak lapar la..tapi Adinda degil ..tetap juga nak masak..

Hafiz dah kuar, Kekanda fikir Ida masih dibawah, Kekanda minta tolong Adinda g ambik bakul kain dan biar je kat situ. nanti Kekanda jemur sendiri. tapi Adinda DEGILLLLLLLL..nak juga jemur. lepas itu buat muka lagi dengan Kekanda. Kekanda tak suka kalau sesorang itu buat sesuatu untuk Kekanda dengan muka yang nampak macam terpaksa..Lepas tu, Kekanda tanya..Adinda cakap PENAT. Kekanda faham Adinda penat, Satu lagi, Kekanda cakap, dah, biar Kekanda masak, terus Adinda merajuk. Kekanda nak Adinda hentikan semua itu memandangkan Hafiz dah kuar. Kekanda tak nak jadi apa-apa antara kita yang boleh memalukan kita. Harap Adinda faham yang Kekanda masukkan itu. Adinda selalu seolah-olah ungkit balik kepenatan Adinda tu kepada Kekanda.

Selasa, 7 Januari 2014

Kebahagian Dalam Perhubungan

Assalam dan selamat malam. Hari ini kekanda masak untuk Adinda tengah hari. Masak ayam dan sayur kacang. petang Kekanda balik lewat, tidak dapat makan bersama. Akan tetapi Adinda masak sup ayam untuk Kekanda. Itu lah ruting harian Kekanda dan Adinda. Memasak bersama.

Semalam, Adinda chat dengan orang yang penah ada dalam hidup Kekanda. Dia banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar dalam kehidupan Kekanda. Saat Kekanda membaca chat Adinda, air mata Kekanda mengalir laju mengenangkn kesilapan lalu dan membuat hati dia terluka. Orang yang Kekanda maksudkan itu ialah, Nor Sham Said, ibu angkat Kekanda. Banyak kenangkan Kekanda dengan dia tapi Kekanda banyak buat hatinya terluka tanpa sedar.

Kekanda mengharapkan hubungan dengan mak sham kembali seperti sesuatu ketika dahulu. Masih terkenang didalam lubuk kenangan kekanda bersama dengan mak sham. Jogging bersama di taman Putrajaya, mandi air terjun, main badminton bersama, basuh kereta bersama, tengok wayang. Masa tu, Mak Shamlah tempat Kekanda cerita semua masalah kekanda. Dan kekanda tempat mak sham cerita masalahnya. Last contact dengan Mak Sham, bulan Febuarti 2011. Masa itu, dia dah nak kawin dengan kawan lamanya. Kekanda sentiasa harapkan peluang diberi sekali lagi untuk tebus kesilapan yang dulu.

Ahad, 5 Januari 2014

2014

Assalamuailaikum, Adinda dan Kekanda, masing-masing bercuti ditempat berasingan. Adinda ke Shah Alam, Kekanda ke kampung halaman. Adinda ke Shah Alam pergi membeli barang-barang keperluan majlis. Banyak masa cutinya dihabiskan dikedai kain. Kekanda balik kampung dapat jumpa mek ayah, dan adik beradik yang lain.

01.01.2014 -  Gerak balik ke Manjung, Kekanda ke rumah Adinda .Makan tengah hari bersama dengan bakal mentua. Lepas tu, Kekanda bawa Adinda jejalan. Lepaskan rindu sambil survey kedai jahit untuk tempahan baju kahwin nanti. Rasa rindu dapat dilepaskan yang sudah sekian lama merindu.

03.01.2014 - Kami ke Klinik Kesihatan Setiawan untuk buat ujian HIV. Balik dari klinik, kami pergi survey kad kahwin.

04.01.2014 -  Kami ke Ipoh, urusan kerja. Dikesempatan itu, kami ke Aeon untuk lunch, lepas tu balik ke Manjung. solat zohor di Manjung, Kemudian kami pergi tempah baju melayu. Kedai Apex..2 pasang tempah baju melayu. Selesai di kedai tu, kami ke butik perkahwinan. Tempah baju persandingan Kekanda dan Adinda. Lama juga di butik tu. Lepas tu kami ke Strawberry Cafe, makan laksa dan lepak. dan ke Manjung. Solat Asar. Lepas tu ke Tesco, tukar screen protection. Adinda beli susu HL, kiraman Kakaknya. Lepas itu, Kekanda hantar Adinda pulang. Lebih kurang jam 7.35 malam Kekanda sampai di rumah. Sesampai aku di rumah, Adinda mesej bagitahu yang Mak jatuh bilik air dan perlu dibawa ke klinik, syukur tak apa teruk.


Ahad, 22 Disember 2013

Rindunya

Assalam, hari dah masuk hari ketiga Adinda ke Sht ah Alam. Rindu Kekanda dengan gelak tawa Adinda. Kekanda hari duduk di rumah. Pagi bangun, tengok tv. Masak sarapan nasi goreng.Kemas rumah. Rehatkan diri dengan tengok tv dan berinternet.

Tak tahu untuk wat apa hari ni..Adinda jauh di sana. Tahun baru kami dapat jumpa kembali..rindunya Kekanda pada Adinda..

Khamis, 19 Disember 2013

Rindu Bayangan

Hari ini hari Khamis. Banyak kerja untuk Kekanda siapkan hari ini, Target siapkan job yang client listkan. Alhamdulliah, Sebelum tengah hari Kekanda dapat aim target yang kerja-kerja dapat disiapkan sebelum malam. Tengah hari Kekanda makan bersama Adinda. Lepas makan, kami lepak di Marina Island. Dekat jam 2, Kekanda masuk ke yard.

Balik kerja jam 7. Terus ke Tesco jumpa Adinda untuk makan bersama dan beli sedikit barang keperluan dapur..Hari ni juga, hari terakhir dalam tahun 2013 untuk kami jumpa. Esok Adinda cuti seminggu. dan Kekanda jumpa cuti seminggu mulai 25hb ni..

Kita akan jumpa semula pada awal tahun baru 2014 nanti Adinda..Kekanda akan merindui diri Adinda..Adinda jaga diri dan ingat Kekanda selalu

Rabu, 18 Disember 2013

Pening Keliru Takut

Mulakan hari ini dengan kecerian. Pagi sarapan dengan mee goreng buatan sendiri. Tengah hari, rancangnya hendak pulang ke rumah untuk makan tengah hari sesama dengan Adinda. Dekat jam 1 tengah hari Adinda call Kekanda..Kekanda cakap jadi untuk makan bersama, Haniff, ada bersama. Pada mulanya dia cakap hendak tumpang sampai ke parking kereta sahaja, sesampai di parking lot, dia ubah fikiran untuk makan bersama pulak.Dah jadi serba salah Kekanda akan janji dengan Adinda yang sedang dalam perjalanan ke tempat makan tengah hari. Lalu selepas cerita semuanya kepada Adinda, Adinda memilih untuk bersikap berdiam diri.

Petang sesudah nalik kerja. Adinda mesej Kekanda. Cakap Kekanda tak mampu untuk menjaga Adinda dan cakap tak nak kepada Kekanda sudah. Kekanda cukup tidak faham dengan perangai Adinda yang seolah kebudak-budakan.